Monday, 3 September 2012

SKIM KEMAHIRAN DAN KERJAYA 1MALAYSIA (SKK1M) DI BAWAH NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY(NBOS 6) webmaster


Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM, telah  mengadakan satu program yang bernama  SKIM KEMAHIRAN DAN KERJAYA 1MALAYSIA (SKK1M) DI BAWAH NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY(NBOS 6) untuk Pelajar Politeknik KPTM yang telah tamat pengajian tetapi belum mendapat pekerjaan. Sehubungan dengan itu pelajar dialulu-alukan untuk menyertai Skim ini dengan syarat-syarat seperti berikut.
1. Sasaran  : Pelajar yang belum mendapat pekerjaan.
2. Modus Operandi : Pelajar mengikuti dua(2) bulan latihan pra-pekerjaan (attachment) di industry yang telah dikenalpasti oleh pelajar. Selepas tamat latihan pra-pekerjaan (attachment), pelajar perlu ditawarkan pekerjaan di industry tersebut.
3. Kaedah Pelaksanaan: Pelajar perlu kenalpasti atau mendapatkan tempat di industry tersebut. Maklum kepada Unit CISEC untuk tindakan selanjutnya.
4. Elaun Pelajar: Pelajar akan diberi elaun RM 500.00 selama dua bulan.
5. Sasaran Pelajar: 25 pelajar PSAS yang belum mendapat pekerjaan 
6. Tarikh pelaksanaan: 18 September 2012

No comments:

Post a Comment